Saturday, April 3, 2010

membaca

post terakhir untuk malam ini, salam sejahtera buat semua.
sejak akhir-akhir ini saya semakin kurang berminat untuk membaca. huu, ini merupakan masalah serius. kenapa? banyak manfaat yang kita dapatkan dengan membaca. dan saya tidak mahu ketinggalan untuk itu. mungkin tidak perlu saya bahaskan manfaat membaca, saya pasti semua orang tahu mengenainya. saya hanya ingin meluahkan rasa tidak senang saya. diharapkan tidak kesah mngenainya..huu

kenapa saya malas membaca?
saya mencari dan memikirkan tentang perkara ini berkali-kali. kenapa ya? tak juga dapat temui jawapannya. tapi tak mengapalah, saya akan menjawabnya dengan akal sehat saya. Allah sedang menguji saya. itu jawapan pertama saya dapatkan. sejak akhir-akhir ini, saya banyak menerima masalah yang tidak saya jangkakan. alhamdulillah, saya dapat hadapinya dengan pertolongan Allah. walaupun tidak 100%, saya pasti ujian tersebut belum berakhir malah makin hebat. saya banyak menerima solusi atau penyelesaian dengan membaca dan sekarang masalah terbesar saya, sumber itu lumpuh. saya yang melumpuhkan sumber tersebut dengan alasan malas.

saya ketinggalan
malas membuat saya ketinggalan juga. dan masa itu, saya tidak dapat putar kembali. betapa kuatnya pengaruh malas dalam kehidupan saya. dengan alasan malas sahaja banyak perkara saya tinggalkan. nasihat saya kepada anda semua jangan pernah membiarkan malas menguasai diri. kalau tidak, anda akan menerima nasib seperti saya. sebagai contoh mudah, membaca akhbar atau berita semasa. sehari anda tidak membaca akhbar, anda akan ketinggalan tentang perkara yang telah terjadi ketika itu. rugi tak? ya, benar anda tidak rugi apa-apa. tapi pernahkah anda terfikir anda berada dimana? anda berada dalam komuniti. tidakkah anda merasa tanggungjawab untuk mengetahui kehidupan komuniti anda. mereka adalah sahabat, saudara dan manusia seperti anda. selayaknya manusia, perlukan perhatian dan kasih sayang sesama. mereka juga menjadi iktibar buat kita pada hari ini.

mulakanlah membaca, efenya sangat luar biasa.
bagi sesiapa yang tidak berminat membaca, saya nasihatkan belajarlah untuk meminatinya. kerana saya yakin tidak rugi anda membaca, malah ia akan memberi anda pengalaman baru tentang kehidupan orang lain. even anda tidak menempati saat, ruang dan masa itu. masih banyak yang perlu saya belajar dan membaca. semoga bahan yang kita baca nanti adalah merupakan bahan yang berkualiti dan bermafaat. azam membaca kembali, alhamdulillah..