Saturday, April 3, 2010

lebih baik diam seribu bahasa

in da name of Allah..

assalamualaikum.
hari ini sudah masuk hari kedua saya bercuti. ya, seperti saya katakan pada entri sebelum ini bersempena perayaan paskah yaitu jatuh pada hari ini 2/4/2010. saya kurang tahu berkenaan perayaan tersebut. jadi, saya tak nak kupas apa-apa mengenainya.maaf.
sebenarnya topik pada hari ini sudah lama saya fikirkan cuma mungkin keadaan dan kekangan waktu maka saya tidak membahas mengenainya. alhamdulillah, hari ini hati saya terbuka.

diam
apa yang anda faham tentang diam? maksud yang ingin saya sampaikan disini adalah diam dari mengeluarkan kata-kata yang sia-sia. secara jujur, saya seorang yang pendiam. huhu, saya tidak pernah menafikan itu. sejak dibangku sekolah sekalipun, saya tergolong dikalangan orang yang pendiam. kadang-kadang saya menyindir diri saya sendiri kenapa terlalu susah untuk mengeluarkan isi perbualan. terasa batu ada dalam mulut. berat nak bercakap.hehe, sengaja mencari lawan kata kepada ringan mulut'istilah yang sering digunakan bagi mereka yang peramah atau banyak cakap'. ya, saya akui saya juga bukan seorang yang peramah. kerana bagi saya orang yang ringan mulut dan peramah ni memang tak boleh dipisahkan. sesiapa yang ringan mulut, pasti peramah orangnya. betul tak? kenapa? sebab mereka tahu mencari isi perbualan yang menarik, dan secara tidak langsung pandai berkomunikasi dengan baik. saya tidak seperti golongan ini. sedih.

saya tidak menyesal
memang tidak dinafikan mereka yang petah berkata-kata pasti mempunyai ramai kawan. mereka pandai berkomunikasi dengan baik sekaligus akan memberi impak yang baik terhadap orang disekeliling mereka. kerana golongan ini pasti disenangi. saya selalu tertanya-tanya bagaimana mereka begitu petah bercakap terutamanya apabila berada ditempat umum contonya:public speaking. jauh disudut hati saya, ada perasaan iri kepada mereka. naudzubillah, semoga saya jauh dari perasaan iri yang melampau dan tidak diredhaiNya. dari persoalan saya itu, saya temui beberapa jawapan. dan saya akui satu, semuanya itu anugerah Tuhan pada mereka. mereka dianugerahkan bakat. saya pegang kata-kata ini. mereka punyai bakat dan tinggal masa untuk mengasah bakat tersebut. suatu anugerah yang jarang diperoleh. semoga mereka yang termasuk golongan ini akan menggunakan bakat tersebut sebaik-baiknya terutama pada jalan yang diredhai. oleh itu, saya tak perlu menyesal sendainya saya tidak seperti mereka. itu anugerah Tuhan, dan pastinya saya tidak akan berputus asa begitu sahaja. saya akan tetap mengasah kepetahan bercakap agar mereka faham apa yag saya sampaikan. insyaAllah seperti doanya Nabi Musa 'ya Allah, lancarkanlah lidahku supaya mereka mengerti perkataanku.'

diam itu perlu
pernah membaca atau mendengar bahwa kadang-kadang diam itu perlu. sebagai contoh, seandainya kita tidak tahu mengenai sesuatu ilmu, maka lebih baik bag kita diam berkomentar atau membahas mengenai ilmu tersebut bagi menghormati ilmu itu sendiri. selain itu, diam dapat mengelakkan diri kita mengata atau mengutuk rakan-rakan kita. atau leih tepat lagi 'mengumpat'. dengan diam juga, kita dapat mengelakkan diri dari berbohong. maaf, saya lupa apa pandangan mengenai islam tentang perlunya diam ini. macam pernah terbaca.huu, kelemahan diri saya.maaf.

ada baik dan buruknya berdiam diri. kalau hal yang perlu seperti menuntut ilmu, bertanya contohnya.maka itu perlu bersuara. tidak boleh berdiam diri kerana belajar itu wajib bagi kita. jangan pernah ketinggalan dalam menuntut ilmu. Allah juga memandang orang yang berilmu. ok, mulai sekarang kita perlu meneliti kembali perkataan kita agar sentiasa mengeluarkan bicara dengan kata-kata bernas dan manfaat untuk orang lain. jangan pernah mengucapkan perkataan sia-sia. setiap amalan yang kita lakukan sentiasa diawasi. itulah pentingnya kita mengerti apa apa yang dipelajari sekaligus mempraktikkan dalam kehidupan.

penutup:
diam-diam ubi berisi, salah satu pepatah melayu yang sering kita dengar. banyak menfaat dari pepatah ini. merilah sama-sama refleksi diri. kadang-kadang saya susah mengeluarkan bicara selaras dengan akal. huu, sangat menyedihkan kan. saya akui perlunya berfikir sebelum berbicara. tapi, saya lambat menghadam apa yang saya fikir menyebabkan kata-kata muncul tanpa berfikir. ini boleh membinasakan diri saya. berusaha memperbaiki diri. semoga Allah bantu..