Sunday, April 4, 2010

bumi cinta

alhamdulillah, cuti sempena hari raya Paskah baru-baru ini dapat juga saya habiskan buku karangan Habiburrahman el-sherazy, bumi cinta. walaupun mengambil masa agak lama untuk menghabiskannya tapi saya puas. cerita yang bagus dan padat dengan ilmu. banyak nilai-nilai yang akan anda dapat disana dan saya nasihatkan bacalah.hehe, jadi promoter jap. kalau anda ingin mengetahui apa ujian terbesar bagi kita sekarang? kaji tentang sejarah islam?boleh juga, hehe dan jangan pernah pandang orang dengan sebelah mata walau siapapun mereka, apapun yang mereka lakukan dan selalu lihat kembali diri kita. kita tak selalunya bagus dan sempurna. belum tentu, ujian dihadapan kita masih banyak.yang menentukan kita pada pengakhiran nanti, tak siapa yang tahu. ada teruja sedikit tak?hehe. nasihat saya baca, yup baca..

ada sesuatu yang pada saya sangat terkesan dengan novel ini. sampai sekarang saya masih memikirkannya. tapi mungkin belum masanya saya kemukakan hasrat ini. biarkan dahulu, perlukan penelitian dan sedikit penyelidikan. ya, saya perlu mengkaji sedikit mengenainya kerana ia berkenaan kehidupan saya kelak. apakah saya mampu? saya akan berusaha menjadi yang terbaik.

memulakan strategi untuk berhadapan dengan ujian..bismillahirrahmanirrahim