Sunday, April 4, 2010

rahsia..

in da name of Allah..
assalamualikum,
saya tak mempunyai banyak masa mulai sekarang. huu, sangat menyedihkan. kerana saya akan mulai beberapa exam mulai minggu ini dan akan berlanjut sampai minggu depan. preparation pun belum dimulakan. insyaallah, malam ini saya akan mulakan. doakan saya untuk memberi yang terbaik! pertamanya, saya nak bercerita tentang tajuk diatas. ya, tentang rahsia. saya sebenarnya seorang perahsia. salah satu rahsia terbesar saya tu.hehe. mungkin anda akan tertanya-tanya apa rahsia itu? sebenarnya tidak apa yang istimewa tentang rahsia saya. berkenaan blog ini sahaja. saya tidak pernah mendedahkan kepada sesiapa pun tentang kewujudan blog ini kepada rakan-rakan saya. saya meminta maaf. mungkin saya lebih sukakan privacy kowt.haha, yela sangat. insyaallah, saya rasa lama kelamaan mereka akan tahu juga. samaada saya bagitahu atau mereka menemuinya secara tak sengaja. tapi, apapun saya mohon maaf awal-awal kerana saya tak memberitahu kalian. bukan taknak bagitahu tapi belum bersedia.

ujian.
kenapa saya kata belum bersedia? saya kena berhadapan dengan kamu semua. kalau boleh saya kotakan dulu apa yang saya perkatakan disini. tapi, saya rasa idea tu dah tak boleh pakai. saya perlu bersedia dengan segala kemungkinan. dan itu semua merupakan ujian buat saya. kenapa? sebab saya kena lakukan berdasarkan apa yang telah saya azamkan.ya, suatu cabaran buat saya. walaubagaimanapun, sekiranya diantara kalian mengenali diri ini, saya harap dapat tegur saya kalau saya buat silap. saya tidak sempurna dan masih banyak perlukan teguran dan peringatan. semoga kita sama-sama berusaha menjadi yang terbaik. insyaallah mengharap keredhaan-Nya.itu sahaja rahsia saya nak kongsi.huu, saya berharap kamu semua boleh menerima saya seadanya. tanpa kamu semua, siapalah saya.
berusaha merendahkan hati serendah-rendahnya,manjadi hamba yang ALLAH redha.