in da name of ALLAH
assalamualaikum.
alhamdulillah hari ini hari yang baik. semua kerja yang perlu dilakukan dapat disiapkan dengan baik. apa yang paling penting dapat satu pengajaran terpenting. ya, pengajaran yang tidak ternilai. ia adalah berkenaan dengan perhubungan kita dengan manusia lain.
bersahabatlah walau siapa pun mereka,
ya, ini adalah antara inti yang saya ingin kongsikan. hari ini adalah merupakan hari terakhir untuk saya dan housemate menyiapkan borang lapor diri bagi memudahkan kami mendapatkan kartu izin tinggal smentara. maklum sahaja, kami hanya menumpang di negara orang. jadi maklumat-maklumat tertentu perlulah diserahkan bagi memudahkan urusan. namun begitu terdapat satu borang yang memerlukan kami untuk berjumpa dengan ketua penempatan. kami gelarkan mereka ini pak RT dan pak RW. huu, tak tahula itu singkatan untuk apa. ok, dari borang tersebut la adanya pengajaran ini. kami pernah beberapa kali terserempak dan berjumpa dengan penduduk disini dan bagi kami walau siapapun mereka kami hormati sebagai tetangga. ya, tak saya nafikan orang-orang disini sangat peramah. alhamdulillah, saya berada di lingkungan dan persekitaran yag baik. saya pun terikut-ikut dengan keramahan mereka. orang buat baik, kita balas baik juga.hehe. antara mereka-mereka itu, adalah ketua penempatan disini. jadi, segala urusan yang pada mulanya saya fikir susah menjadi senang. sebab, kami kenal mereka. pengajarannya, tak kira siapa berbuat baiklah. sama juga dalam bersahabat. kadang-kadang kita terlalu memilih dalam bersahabat. kalau dulu misalnya lihat pangkat, rupa dan harta. dalam semua aspek tersebut tak kira siapa mereka apa yang terpenting adalah ikhlas. ya, kita perlu ikhlas dalam bersahabat. insyaallah ia akan lebih bermakna dan kekal. bersahabat dalam erti sebenar dan mulakanlah segala yang baik dari dalam diri kita, enjadi sahabat yang terbaik buat mereka.
mutiara kata: hiduplah untuk memberi sebanyak-banyaknya, bukan untuk menerima sebanyak-banyaknya, laskar pelangi.