
in da name of ALLAH
assalamualaikum
sudah sekian lama tidak menulis dan membaca. sebenarnya terlampau banyak perkara yang ingin saya kongsikan, namun kelemahannya sebagai manusia biasa antara saya ingat atau sedah lupa perkara tersebut. ok, saya akan mencuba. alhamdulillah, setelah selesai sahaja ujian/exam pada minggu lepas, saya sudah memasuki blok baru yaitu Hematologi & Onkologi. pelajarn berkenaan dengan penyakit-penyakit yang berkaitan dengan darah dan kanser. perasaan saya ketika ini berkenaan blok tersebut, terasa sangat dekat. tak tahu kenapa. tapi, yang saya sangat pasti pelajarn tersebut memberi impak besar dalam diri setiap orang. pesakit kanser amat terkesan pada saya. mereka seperti kita semua, namun ujian berat ini mereka yang menanggung. betullah kata pepatah, mata yang memandang tidak sama dengan bahu yang memikul. hehe, hentam je pepatah nie. haa, baru ingat'berat mata memandang, berat lagi bahu memikul' semoga mereka tabah. kita yang sihat tidak terlepas dari ujian. apa ujian kita? kita perlu mengambil iktibar dan panduan. insyaAllah semoga sentiasa dalam redhaNya.
sebelum memasuki blok, ahad lalu saya dan housemate telah ke bogor. hanya untuk melapangkan minda dan menceriakan jiwa yang terperangkap dengan kesibukan kampus. hehe, release tension =) sepanjang perjalanan, saya melihat panorama yang sangat indah. sungguh sangat indah kejadian alam ini. cuma kadang-kadang kita lupa untuk menghargai dan rugi kerana tidak menghargainya. subhanaallah..allahuakbar
pada minggu ini juga saya telah menerima kejutan. salah seorang rakan kepada rakan saya didiagnosa mendapat kanser hati. banyak kisah sedih dan duka bila mengenangkan penyakit pembunuh no 1 nie. kanser dalam pandangan masyarakat umum sekalipun tahu mengenai betapa bahayanya ia. bila terkenangkan organnya adalah hati, dapat kita jangkakan itu sudah stage lanjut. yang tinggal hanyalah pronosis/ waktu yang tinggal sebelum menghadap pencipta. adakah kita betul-betul sudah bersedia?
saya sudah terleka dan terlena.huhu, ini adalah berita buruk. ya, saya sekarang tidak athu hala tuju sebenarnya. ya Allah, guide me in the right way. semoga Allah permudahkan. sara, kuatkan usaha, lawan sifat buruk yang ada. jangan biarkan ia terus sebati dalam diri. wahai kebaikan mendekatkanlah kepadaku, agar aku dapat mencapai kamu sekiranya aku jatuh. saya akn kemaskini hati saya kembali. terlalu banyak yang kacau. kepada semua, mari kita perbetulkan hati dengan niat yang baik.=)