Friday, April 2, 2010

jalan-jalan cari makan


in da name of ALLAH..



assalamualaikum w.b.t
semalam baru sahaja bermulanya cuti sempena hari raya paskah. jadi, saya dan housemate keluar cari makan. perancangan memang sudah dilakukan sebelum itu lagi. tempat yang kami tuju adalah Muara Angke. tempat makan seafood. alhamdulillah kenyang dan sangat menikmatinya. hehe, kebetulan suasana hati baik dan selera makan bertambah baik. even, siang hari pergi makan KLV, tak makan banyak sangat. coz, tak ada selera.

jalan-jalan
lepas sahaja menikmati hidangan yang lazat tersebut, kami bertolak ke kota lama jakarta. kota tersebut nampak betul-betul lama sangat. mengikut cerita, memang pemerintah tidak mengubah sedikit pun senibina aslinya. bayangkan sahajalah, bangunan yang tidak di cat kembali setelah berpuluh-puluh tahun. huhu, seram pulak melihatnya. kemudian, berhenti sekejap kat satu datran luas. ramai juga pengunjung yang datang kesitu. kami makan es potong'aiskrim yang terkenal untuk anak-anak mungkin' hehe, sedap! disekeliling dataran luas tampak bangunan-bangunan yang masih utuh antaranya, kantor pos, museum(dalam dia ada penjara bawah tanah!), dan beerapa bangunan yang lain. tapi, kebanyakan orang yang saya lihat semalam membawa keluarga masing-masing. mungkin untuk bersantai disitu. lagipun tampatnya lapang. kadang-kadang kesian juga melihat warga jakarta ini, susah nak dapatkan tempat yang bersantai. biasanya, kalau hujung minggu atau cuti umum, mereka yang tinggal di kota jakarta pasti akan keluar kota umpanya ke bandung, atau paling tidak ke puncak dll. tapi yang tidak cukup budget mungkin hanya beristirahat dalam kota sahaja. dan tempat yang memungkinkan ya, disini. dari sini kita dapat lihat lampu-lampu dari ancol. ancol salah satu tempat terkenal untuk meluangkan masa bersama keluarga. ada macam-macam seperti taman samudera, dufan, pantai dan lain-lain.

RSCM
setelah itu, kami meronda kota sampai lewat malam. lihat permandangan malam kota jakarta. bukan selalu dapat peluang macam ini. terima kasih banyak buat Om lokman dan mb maia. kredt buat mereka.hehe. RSCM, salah sebuah rumah sakit pemerintah disini. boleh juga dikatakan tersohor la kerana merupakan trademark untuk universitas indonesia FKUI. tidak jauh dari situ juga ada beberapa rumah sakt yang lain antranya RS cikini diwah pengelolaan gereja, RS tentera dan beberapa lagi. maaf, tak semua ingat.maklum sahaja lepas makan. otak malas menghafal. kalau pergi lagi, insyaAllah ingat. di sepanjang jalan dapatlah melihat kelibat-kelibat manusia yanga macam-macam.huu,then lalu jalan menteng, senin(terkenal bhn elektronik), jalan tomang(ni tak bleh lupa, jalan nak pergi BTG,jalan mangga besar (hmm), dll.

itu sahajalah perjalanan sepanjang malam yang dapat saya kongsi. tidak ada apa-apa yang menarik. hanya sekadar mengisi posting yang kosong buat hari ini.huu

istirahat buat minda dengan mecari pengisian yang baik
sehingga kini, masih mencari..