sengaja post dua tajuk hari ini. harap-harap tidak memakan masa yang lama.hee, maklum saja, baru sahaja bercakap tentang masa. saya tak boleh tewas kali ini tau!huhu. berkenaan tajuk diatas, Jordan adalah cetusan dari seorang rakan saya bertanya mengenainya.huu, thanks for her to remind me. kenapa dia bertanya? mesti ada sebab kan. saya pernah mengutarakn sebelum ini saya ingin ke sana.
kenapa mesti jordan? ini soalan yang agak menguji pengetahuan saya berkenaan jordan. hee, secara jujurnya saya tak tahu. tapi, kalau ditanya apa yang mencetuskan idea tersebut, saya akan jawab sebab abah. abah pernah ke sana. saya rasa ini bukanlah satu alasan yang bagus dan matlamat yang jelas kenapa saya perlu ke sana. ya, saya akui itu. insyaallah saya akan mencari lebih detail berkenaan bumi bertuah itu. tapi bukan sekarang, nanti bila dah habis exam. agaknya saya boleh bertahan sampai habis exam ke? urm, agak payah tu.
sejak akhir-akhir ini saya banyak melawat blog-blog orang lain dan antaranya saya ikuti. saya harap saya tetap menjadi saya. ya, ada jati diri sendiri. apa yang baik saya ambil dan buruk saya tolak tepi. saya juga seperti mereka ingin mancari dan mendapat keredaan Ilahi. semoga kita sama-sama saling mengingati dan melengkapi. pengalaman orang membuat saya lebih kagum dengan pencipta kita. Dia sememangnya selalu bersama kita walau dimana kita berada. Dia adalah Allah swt.
p/s:saya rasa saya perlu buat jadual harian la.huu, supaya tidak tewas lagi dengan masa.hee, musuh saya sekarang adalah masa. all da best!