Saturday, April 10, 2010

susahnya membuat pilihan

in da name of Allah

assalamualaikum.
hari ini saya puas bercakap dengan ummi melalui telefon. lama sudah tak berbual selama ini. sampai nak habis kredit.hehe, tapi tak mengapa.buat ummi tersayang, semua boleh. banyak juga dapat berita malam ini. ada yang menggembirakan ada yang tidak. tapi itulah semua lumrah kehidupan memang tak boleh lari dari ujian kan? ummi tak habis-habis risau pasal adik. katanya, susah nak sambung pelajarn sekarang kalau tak betul-betl pilih jurusan. maklum sekarang orang tak kejar semua tu lagi. mereka hanya kejar senang dapat kerja. semua dah berfikiran sedemikian. antara jurusan yang laris sekarang adalah guru.pastinya, memang bidang inilah satu-satunya nampak bila kita keluar nanti. asal habis belajar mesti dapat terus berkhidmat. memang dari dulu lagi sebenarnya isu ini bangkit. saya pun tak terlepas mintak maktab jugak. tapi dua kali mintak tak pernah dapat. satu masa habis spm dan lagi satu selepas matriks. memang susah juga, lagi-lagi apabila zaman sekarang kena pakai 'cable', (mereka bilang). hurm, baru senang dapat. kadang-kadang ada baik dan buruknya juga. saya rasa kamu semua mesti faham sebelah mana yang mendapat manfaat tersebut. saya memang tak boleh nak tolong apa-apa la. saya hanya mampu berdoa dan menolong serba sedikit. ummi, jangan risau lagi. insyaALLAH berkat doamu akan membawa kami ke arah kejayaan, kalau bukan didunia diakhirat sana. doakan ya.

petang itu..
hari ini saya pulang awal dari kampus. tapi saya tidak juga mengulangkaji pelajaran. banyak dugaan saya terima sejak akhir-akhir ini. berkenaan pilihan hidup. tanpa segan silu, saya sempat bertanya pada ummi. bak kata orang 'hikmah orang tua perlu ada dalam semangat orang muda'.hehe, macam tak sesuai pula ayat tu. tapi tak mengapalah, saya nak maksudkan mereka lebih banyak pengalaman dari kita. so, dapatkanlah sedikit sebanyak nasihat. suasana petang tadi menceriakan sedikit hari saya. alhamdulillah, dan ada satu peristiwa petang tadi berlaku. semasa saya bermain badminton dengan teman saya, tiba-tiba datang anak-anak kecil bermain disitu. tapi, kami buat biasa aja. lama-lama mereka pun meninggalkan kami. tapi, ada beberapa anak kecil ini mash disitu. berlegar-legar dekat dengan tempat kami main. salah seorang dari mereka bertanya 'kakak dari malaysia ya', nama kakak siapa? mulanya agak menghairankan juga tetiba budak tersebut bertanya nama. tapi saya takde la fikir bukan-bukan. yang peliknya, dia takde pulak bertanya kat teman saya tu. huhu,kenapa saya seorang? takpelah bukan apapun tanya nama je pun. hehe,mungkin Allah nak menceriakan hari saya. ada juga budak kecil tu nak berkenalan.haha, happy sebenarnya bila teringat balik.

tentang pilihan itu? membuat pilihan yang paling sukar dalam hidup. berkenaan pasangan hidup kita. ya Allah, jauhi aku dari sifat riak dan sombong. bukan, bukan itu yang saya mahukan dengan menceritakan serba sedikit disini. hanya untuk melepaskan apa yang terbuku di hati. semoga saya diberi sedikit kelapangan. saya dahulu pernah mengenali rakan chating rakan saya. saya hanya anggap dia sebagai kawan. ya, kawan sepertimana saya berkawan dengan teman-teman saya yang lain. tapi, tak sangka dia akan serius. dan sekarang saya perlu menjelaskan kepadanya dengan baik. saya tak nak dengan sedikit salah faham kami menjadi musuh. ummi cakap' kawan biar seribu, musuh jangan satu'huhu. susahnya nak menyelami perasaan orang. saya harap dia dapat terima dengan hati yang terbuka. tidak pernah saya ingin menghancurkan harapan dan impian sesiapa. saya juga insan biasa seperti insan-insan yang lain. lemah dan tidak berdaya. semoga Allah tolong saya menjelaskan dengan baik. insyaAllah.

cabaran untuk exam
banyak dugaan dan ujian yang datang apabila kita nak lakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh. syaitan pun tak kurang juga mengganggu kita untuk melakukan kebaikan ini. ada sahaja yang berbisik suruh jangan belajar dan lain-lain. haha, memanglaa. ya Allah tiada tempat lain lagi aku mengadu..hanya padaMU.semoga saya terus tabah dan sabar.~ ALLAH SEDANG BERBICARA DENGAN KAMU TENTANG IKHLAS DAN SABAR~