in da name of ALLAH,
assalamualaikum. hari ini saya telah menyaksikan bagaimana kesan teguran terhadap penegur dan yang ditegur. huu, payah sebenarnya apabila kita nak menegur atau menasihati orang terutamanya apabila orang tersebut rapat dengan kita. sampai sekarang saya masih juga tak menemui cara yang terbaik. tapi, saya nampak dampak daripada teguran tersebut.
hati terbuka
ada orang memandang teguran yang dilontarkan padanya sebagai sesuatu yang positif, namun ada juga yang sebaliknya. jadi apa perlu kita buat? ya, kita perlu mempelajari cara memberikan teguran yang paling berkesan dan halus. kita ambil contoh kisah Khalifah Sayyidina Umar al-Khattab. Beliau berlapang dada menerima teguran daripada seorang wanita berkenaan saranan beliau supaya kadar mas kahwin yang diletakkan oleh pihak pengantin perempuan haruslah rendah kadarnya. Wanita berkenaan menempelak pandangan Khalifah dan menegaskan bahawa sebarang penetapan kadar mas kahwin sememangnya hak pengantin perempuan dan ia tidak sepatutnya dipertikaikan. Khalifah tidak menganggap teguran tersebut sebagai perkara yang memalukan bahkan menegaskan dengan kata-katanya, “Perempuan ini benar dan Umar telah bersalah”.Penegasan Khalifah seiring dengan doa beliau sebagai seorang pemimpin yang menyebut sebagai, “Semoga Allah merahmati seseorang yang menunjukkan kepadaku tentang keaiban diriku”. ya, kita perlu mencontohi sifat khalifah ini. ini baru cara menerima teguran yang benar. mesti ada sesuatu kekurangan yang ada pada diri kita sehingga Allah gerakkan hati seseorang untuk menegur kita. manusia ada sifat kekurangannya.
tujuan menegur
ini adalah merupakan perkara penting yang perlu kita selak kembali. apa tujuan kita menegur dia? apabila tujuan kita adalah pada jalan yang benar, betul-betul ingin membawa dia kearah kebenaran, insyaallah teguran tersebut akan dapat diterima dengan baik. namun sebaliknya sekiranya tujuan tersebut adalah ingin menjatuhkan atau sekadar melepaskan tanggungjawab, maka teguran tersebut ada kemungkinan untuk ditolak. keikhlasan, lagi-lagi keikhlasan sangat penting dalam setiap tindakan kita. jangan pernah setiap perlakuan dan perbuatan kita tanpanya. kerana pasti hasilnya tidak seperti yang kita dambakan. insyaallah sama-sama kita mengikhlaskan diri. berada pada tangga-tangga untuk mengikhlaskan diri.sama-sama kita usaha..
baik buruk teguran
ada orang susah menerima teguran. dia lebih senang kalau orang tunjukkan cara yang betul tapi, tidak semua orang akan mempunyai kelebihan dalam melakukan teguran dalam bentuk praktikal ini. ramai antara kita suka tegur secara direk. yep, lebih cepat katanya dan lebih menusuk pun ada. terus masuk tanpa berlapik. kalau yang cepat terasa, terasalah dia. hurm, cara ini ramai orang pakai. saya akui keistimewaan untuk menegur secara berkesan tak semua orang miliki. jadi, mulailah dari diri kita. saya selalu pesan setiap tindakan yang baik lakukanlah dari diri terlebih dahulu. oleh itu, siapkan diri untuk menerima setiap teguran tersebut. fikirkan kembali dengan hati yang lapang. teguran itu bukan sia-sia. banyak manfaatnya.
pujian vs teguran
antara pujian dan teguran, yang mana kamu pilih? jujurnya, saya lebih memilih untuk ditegur. pujian tidak akan membawa kita kemana-mana.percaya? ya, kalau anda sentiasa dipuji, ada anda akan berusaha lebih keras? tidak, melainkan anda akan berada pada level yang sama. kerana pada masa tersebut anda terlalu bangga akan diri sehingga lupa untuk maju walaupun setapak. mungkinlah, saya pun kurang tahu. ada segelintir yang menyenangi pujian sehingga dia boleh memotivasikan diri untuk terus maju. tapi saya rasa golongan ini amat sedikit. yang banyak antara kita apabila dipuji akan alpa dan syok sendiri. malah, menimbulkan pelbagai sifat-sifat buruk yang lain seperti sombong, angkuh, merasa diri leih hebat dll. jadi, pilihlah untuk ditegur. kerana dengan teguran kita akan sentiasa beringat dan diingat. teguran merupakan suatu peringatan dan amaran untuk kita. sesiapa yang memberi teguran menunjukkan dia menyayangi orang yang ditegur. saya suka kata-kata Khalifah tadi, 'Semoga Allah merahmati seseorang yang menunjukkan kepadaku tentang keaiban diriku'. ya, saya mendoakan hal yang sama. mereka sebenarnya membantu kita. bagi yang sukar menerima teguran, cuba berlapang dada. saya faham dan percaya bukan semua perkara kita dapat terima teguran tersebut. macam-macam kondisi, tentang siapa, berkenaan apa, semuanya memberi kesan kepada kita untuk terima atau tidak.
kesimpulan, untuk kita terus melangkah jangan pernah ambil remeh terhadap teguran maupun kritikan. itu adalah asas-asas untuk membawa kita terus maju. berusa menjadi lebih baik, insyaallah.