Wednesday, April 14, 2010

mata oh mata..

in da name of ALLAH
assalamulaikum semua..
akhirnya selesai juga exam untuk subjek mata. huu, walaupun tak tahu apakah nasib akan terus menyebelahi saya atau tidak sekurang-kurangnya saya telah berusaha. dengan seratus saoalan semuanya, otak saya dah tepu.hehe, dah tak boleh nak fikir apa-apa lagi.hehe, buat masa sekarang la. itu yang ada masa lepak kat sini sekejap. sengaja mahu mengisi masa-masa terluang. esok dan seterusnya exam terus berjalan. tak akan pernah stop melainkan yang maha kuasa hentikannya. segala kemungkinan dapat berlaku. semoga Allah merahmati perjuangan kami semua disini. sampai kami berjaya.

semalam, saya telah menjalankan pemeriksaan visus.hehe, yang dilakukan oleh sahabat saya sendiri. tak perlu ke dokter bertauliah dah. buat sendiri dengan lakonan semata-mata tapi diawasi oleh dokter bertauliah laa. hurm, gembira mata saya masih ok.6/6 false 1.ada satu huruf tak nampak. tertukar huruf E /F.macam sama je laa.hehe, tapi sebelah mata sahaja. mata kiri tak sempat. hurm, belum selamat lagi.teringat pengalaman dulu-dulu. saya dengan adik selalu curi spek ummi. cuba-cuba pakai. maklum sahaja, budak-budak.alhamdulillah, nasib baik mata saya still ok. kalau tak, tak pasal-pasal pulak saya akan memeakai spek hipermetropia; rabun dekat. alangkah ganjilnya saya nanti. sebab biasanya untuk orang muda, mereka miopia; rabun jauh je. rabun dekat hanya untuk orang tua sebab lensa mereka dan tidak elastis. boleh juga disebabkan otot-otot silia sudah melemah. serba sedikit berkenaan spek.

semalam saya melakukan kecuaian terbesar dalam hidup saya. bila saya bermuhasabah kembali, saya tahu apa silap saya. walaupun pada sesetengah perkara kita merasakan sudah melakukan yang terbaik, namun sebenarnya tidak. kadang-kadang perlu bagi kita untuk pandang ke belakang. melihat kembali apa kesilapan kita supaya kita tidak akn mengulangi kesilapan yang sama. walaupun saya tak bagitahu apa sebenarnya kecuaian terbesar tersebut, saya harap anda faham apa yang saya cuba sampaikan. sebenarnya apa-apa perkara sekalipun, kita tidak sempurna. wallahu a'lam