Thursday, April 15, 2010

rehat itu perlu

in da name of ALLAH

assalamualaikum.
alhamdulillah, sampai ke hari ini tinggal lagi 2 paper yang perlu saya hadapi. mungkin agak lebih mencabar sebab saya belum study lagi.huu, dan esok adalah hari bermula paper-paper last. tak sabar juga nak habis. tapi sebelum penghabisan tersebut banyak juga cabaran kena hadapi dahulu. semoga saya tetap tabah dan ikhlas dalam setiap ujian. sebentar tadi, saya baru perasan mesej yang dihantar oleh senior.huu, alangkah carelessnye saya. terima kasih ya ALLAH, kerana memberi orang-orang yang teliti sekiranya saya buat salah. dia tegur saya sebab hadis yang saya letak kat FB.huu, memang hadis tersebut saya ambil tanpa berfikir panjang. saya akui, perawi hadis tersebut saya memang tak pernah dengar. itu sebabnya saya tak letak nama perawi. mungkin disitu kesilapan saya. selepas ini saya perlu pastikan terlebih dahulu adakah hadis tersebut sohih atau tidak. penting juga untuk kita sama-sama muhasabah kembali.

mengahadapi hari-hari yang lebih gemilang.
selepas ini saya nak tidur, hehe. kerana sudah dua hari tidur saya tidak menentu. saya rasa tidak mendapat rehat sebaik-baiknya. persediaan untuk menghadapi 2 @3 lagi ujian ke hadapan, saya perlu bersemangat. saya harap dapat meningkatkan pengetahuan serta belajar perkara baru nanti. memburu impian-impian yang lebih cerah=)