
in da name of ALLAH.
assalamualaikum semua
saya suka memerhati keadaan sekeliling saya. hari ini saya agak terasa apabila melihat mereka. mereka yang saya maksudkan adalah orang yang kurang bernasib baik. namun, saya tak fikir mereka adalah orang-orang yang rugi kerana mereka sebenarnya sangat dekat dengan pencipta mereka. ini kisah keluarga. ya, satu family yang bertungkus lumus menyara keluarga. semuanya terlibat. tak pernah saya lihat hanya bapa atau ibu yang keluar bekerja. anak-anak mereka mesti turut serta dalam mencari nafkah. sesungguhnya, mereka adalah keluarga bahagia. dalam hati anak-anak kecil itu, saya dapat melihat mereka dahagakan ilmu. itu membuat hati saya sedih. mereka cuma tidak berkesempatan. bila dibandingkan dengan kita, alangkah beruntungnya kita berbanding mereka.huu, semoga kita sentiasa bersyukur degan segala nikmat ini.
semalam saya mogok lattop.
haha, kelakar pon ada bila terfikir pasal semalam. hurm, sebenarnya cara saya salah. kemudahan di sekeliling kita penting dan kesalahan yang sering kita lakukan adalah menyalahgunakan kemudahan-kemudahan tersebut. seperti lattop, kita dapat wireless internet dan ambil kebaikan daripadanya. yang buruk dan melalaikan tu cuba jauhkanlah. itu sahaja. apa guna lattop kalau tidak digunakan semaksimal mungkin ya tak? tapi, dalam kondisi tertentu perlu diperhatikan juga. contohnya time exam atau ujian. apa yang lebih penting perlu untuk kita utamakan. ambillah seminimal mungkin apa yang kurang penting. kena bijak dalam setiap pilihan.