
in da name of ALLAH..
assalamualaikum,
hari yang terakhir untuk cuti. mungkin merupakan hari terakhir juga untuk saya mengisi post-post kosong disini. tidak tahu lagi. insyaallah, kalau ada kesempatan dan perkara baru saya akan update disini. kenapa? sebab disinilah juga sumber inspirasi dan muhasabah diri saya. peringatan demi peringatan perlu saya isi untuk mengelakkan saya alpa. semalam saya terima teguran. ya, teguran yang sangat halus dan baik. saya sedar satu perkara dari teguran tersebut. saya pasti kamu diluar sana juga mengalami masalah yang sama dengan saya. berkenaan percampuran lelaki dan perempuan. semua orang faham mengenai perkara ini dan saya taknak membahas panjang lebar mengenainya. masing-masing ada pendapat sendiri dan boleh berfikir dengan bijaksana mengenainya. apa yang memberi saya kesedaran sekarang adalah generasi berikutnya.
macamana anak saya kelak?
mulai sekarang saya rasa perlu untuk saya menjaga akhlak dan tingkah laku saya dengan sebaik mungkin. saya tidah mahu anak-anak saya nanti akan melakukan perkara yang tidak elok sebagaimana saya tidak mau perkara tersebut berlaku kepada saya sekarang. ya, kita cegah dari awal akar umbinya dan insyaallah nanti anak-anak kita juga akan menjadi anak yang soleh solehah.
menjadi lebih baik
sebelum ini saya pernah menulis pasal tajuk ini. tapi saya sengaja menulisnya kembali buat peringatan yang saya nak yang terbaik. saya merayu diri saya supaya melakukan setiap hal dengan baik. berhati-hati dalam setiap tingkah laku dan berakhlak dengan akhlak yang baik. saya tahu saya tidak sesempurna mereka yang anda lihat baik. tak.., saya bukan macam mereka. tapi, saya akan berusaha ke arah yang Allah redha. semoga pencarian saya akan berakhir juga. terus mencari dan mencari..