in da name of ALLAH
assalamualaikum, alhamdulillah..kenyang makan masakan sendiri.hehe, tapi masih banyak kekurangan. masak sendiri memang menambah selera apalagi kalau ianya mengikut citarasa kita sendiri. Kalau tak percaya, cubalah. Menambah-nambah nasi, tak cukup kalau hanya sekali makan,=). Hari semua bahan untuk masak saya sudah habiskan. Besok kena pergi ke pasar untuk mendapatkan kembali bahan-bahan mentah untuk dimasak seminggu. Impian saya untuk memasak akhirnya termakbul juga ye. Memang sudah lama untuk memulakan operasi masak-memasak ini, tapi kerap kali ada sahaja penghalang. Sekarang, ruang terbuka luas dan saya akan menggunakan sebaiknya peluang ini untuk mencuba banyak masakan. Saya memang suka memasak dan apatah lagi kalau ianya sedap. Selamat mencuba untuk saya.
Sebenarnya banyak kebaikan yang kita peroleh dengan memasak sendiri. Selain yang saya nyatakan tadi, kita juga dapat mengurangkan bahan-bahan yang kurang baik untuk kesihatan kita antaranya penggunaan garam, gula dan cili secara berlebihan. Haha, sengaja saya meletakkan sebutan cili disitu. Saya memang tak suka sangat kalau masakan yang pedas. Kalau dipaksa juga akibatnya tanggung sendiri. Penggunaan ajinomoto dan juga MSG (Monosodium Glutamat) juga dapat kita hindarkan. Tapi untuk orang beginner macam saya, penggunaan kedua bahan tersebut masih dilakukan bagi mendapatkan rasa yang sedap. Huhu, sedang berusaha menjauhi dari menggunakan bahan tersebut.
Sebab terpenting dan paling utama masakan sendiri ini adalah dapat menjimatkan wang pembelanjaan. Ini adalah alasan yang terbaik. Kalau ke pasar, saya sangat seronok. Apa tidaknya, barang-barang mentah hampir semuanya sangat murah dan segar. Kalau diikutkan rasa hati, mahu saja saya memborong semuanya itu. tapi perut saya tidaklah sebesar perut gajah. Semua nak sumbat masuk. Kenalah bersederhana. Beli apa yang patut. wah, saya sangat suka ke pasar! Haha. Kadang-kadang saya ada juga tawar menawar dengan penjual supaya dapat lebih murah. Hurm, memang sikap pembeli mesti nak dapatkan yang paling murah. Tapi, tak semuanya saya lakukan seperti itu. Kesian pula saya lihat terutamanya pakcik tua yang menjual. Tapi kalau dapat murah, Alhamdulillah..
note: yuk kita memasak. Mulai sekarang kita makan-makanan yang sihat dan segar. mak selalu pesan elakkan makan diluar. Kita tidak semua tahu masakan yang dimakan semuanya halal dan berkualiti atau tidak. Huhu, Baiklah Ummi. saya tengah berusahalah ni. Hehe