
in d name of ALLAH, Assalamualaikum
Stress, tekanan atau apa sahaja yang seerti dengannya memang menjadi lumrah kehidupan. Bila saya berfikir kembali, lucunya kamu wahai manusia. Hehe, sayalah tu sebenarnya. kenapa? Sebab saya tidak pandai menangani hal itu. Perkara yang paling tidak saya kuasai adalah stress. Outcomenya, memang sangat melucukan. Menyeramkan pun ada mungkin, huhu. Setinggi-tinggi perhargaanlah buat sahabat-sahabatku semua. wuwu, terima kasih kerana menerima saya seadanya. Sehingga mendapat gelaran yang saya rasa tak layak pom. haha, kata mereka saya adalah seorang yang garang^^. AJS selalu panggil saya KSG. Yang lain pon sama. Saya bukannya garang, cuma emo kowt time stress melanda. Kelakar bila menyedari hal-hal itu. Korang, saya tak garang la. Maklumlah, bila stress melanda, hati tak tentu hala. Semua perasaan ada, kadang-kadang termarah pun ada. Tapi kan, itu bukannya niat dari dalam hati. Ter je kot. maaf semua;)
Ok, saya janji akan mengubah sedikit demi sedikit bagaimana nak menangani stress ini. Saya bila stress, takkan tegur orang, buat hal sendiri, kadang senyum pon tak sempat diberi terus blah. Kalau dulu, kawan saya cakap saya sombong bila tak kenal. Itu masalah juga, saya tak sombong sebenarnya, cuma tak pandai berkenalan dengan orang. Berat rasanya mulut untuk mejadi peramah. kalau orang lebih tua, InsyaAllah saya akan tegur. Tapi selain itu, mungkin ego juga main peranan. Haha
Ok, stress. Apa yang memberi ketenangan kepada saya? Itulah jawapan yang paling baik buat saya sekarang. Ketenangan saya adalah alam semesta seperti langit, matahari, bulan, bintang, pantai etc. Nasib baik, semuanya masih wujud. Kalau dunia ini terbuat dari konkrit habislah saya. Ok sarah, hargai apa yang ada disekitarmu. Tentu ada penyelesaian dari setiap masalah kan? Sekarang adalah masa-masa yang terbaik untuk mengenali orang. Tapi, kenalilah dirimu dan penciptamu dahulu sebelum mengenali yang lain-lain. erm, gelaran tu kan akan saya ubah menjadi seorang yang baik hati. Hehe, takde marah-marah dah. ok, behave, behave, behave:) kawal emosi. baru teringat, apa pesanan Imam syafie ke? siapa yang paling kuat adalah mereka yang pandai mengendalikan amarahnya. maaf kalau ada salah silap, tolong perbetulkan ye!