
in d name of ALLAH, assalamualaikum
Alhamdulillah, semalam sudah selesai peperiksaan akhir semesta. Tamatlah sudah sesi pembelajaran sem 6. Sangat-sangat gembira dan lega. Tunggu keputusan sahajalah sekarang. Walaupun banyak kesilapan yang telah dilakukan, saya akui saya lemah. Sem ini banyak menguji saya terutama apabila ia memerlukan kefahaman dan daya tangkap yang bagus. Saya memang lemah sikit pasal ini apatah lagi masalah-masalah lain yang juga datang beriringan. Terima kasih ya Allah kerana masih memberi saya peluang untuk memperbaiki diri hingga saat sekarang.
Kita, mereka dan sekeliling kita adalah motivasi yang termahal diberikan oleh Tuhan. Tanpa kita sedar banyak perkara yang kita boleh pelajari daripadanya. Jika memerhati dengn hati yang terbuka iA kita akan merasa sungguh bertuah. Tiap dari kita itu unik. Bukan perasan unik pulak ye. Itu lain lagi. Tapi, cubalah pelajari, memahami, menghayati keadaan sekeliling kita. Mereka motivasi untuk saya. Dalam kita mengejar kejayaan dunia, kita sering lupa untuk memperhatikan kembali tiap langkah kita. Kadang-kadang, buat apa saja sehingga tidak menyedari sebenarnya kita telah melakukan kesilapan-kesilapan kecil seperti menyakiti hati teman, berbuat salah dengan orang-orang terdekat dll. Memang ianya sebuah perkara yang diluar jangkauan minda dan emosi kita. Oleh itu, jagalah setiap langkah yang kamu ambil.
Tiap dari kita mempunyai masalah tersendiri. Apakah ia menjadi stressor untuk diri atau orang lain, itu juga ada keterbatasan masing-masing. Saya dengan masalah saya, kamu dengan masalah kamu, dia dengan masalah dia. Tiap masalah yang kita hadapi pasti ada hikmahnya. Jangan bersangka buruk pada Dia. Dia lebih mengenali kita dan tahu keterbatasan kita. Selagi kita ada Dia, yakinlah kamu akan pasti menghadapinya. Tiap masalah itu ada inti mengajaran dan setiap pengajaran akan mempengaruhi tingkah laku dan setia tindakan kita. Ya, ia juga satu motivasi diri supaya dapat mengorak langkah lebih maju ke hadapan. Dalam menghadapi setiap masalah penting bagi kita untuk banyak bersabar. Bersabarlah wahai kamu-kamu, kita semua sedang diuji. Dan Dia sayangkan kita. 'Tidak beriman seseorang daripada kamu sehingga kamu diuji'. Dan sekarang kita faham ujian itu bahagian dari hidup kita bukan? Tanpa semua itu, kita bukan diri kita seperti hari ini. wassalam